Utama
Kalkulator Fidyah Tidak Berganda
Kalkulator Fidyah Berganda
Soalan Lazim
Log Masuk
Bolehkah seseorang (khususnya rakyat Negeri Terengganu) mengikuti fatwa negeri-negeri yang lain terutamanya fatwa yang memutuskan hukum fidyah secara tidak berganda ?
Tidak boleh.
Adakah wanita yang mengantikan puasa yang melangkaui tahun seterusnya di kenakan bayaran fidyah secara berganda ? Wanita tersebut meninggalkan puasa kerana bimbang ke atas kandunganya.
Hukum fidyahnya tidak berganda, ini berdasarkan kitab muktamad dalam mazhab Syafie iaitu
Al-Iqna’
Kedudukan orang tua yang meninggalkan puasa (tidak mampu berpuasa sepanjang hayatnya), adakah dikenakan bayaran fidyah secara berganda sekiranya beliau tidak membayar fidyah pada tahun semasa (melangkaui tahun berikut)?
Tidak berganda.
Kedudukan orang yang sakit / uzur meninggalkan puasa, adakah berganda fidyahnya sekiranya mereka tidak mengantikan puasa pada tahun semasa?
Tidak berganda.
Adakah dibolehkan sesorang membayar fidyah secara beransur?
Dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurah.
Sesorang yang hendak menyelesaikan hutang fidyah yang lampau, adakah kadar nilaiannya mengikut masa lampau atau tahun semasa?
Bayaran fidyah secara tepatnya adalah mengikut kadar cupak (1/4 gantang). Jika hutang fidyah (yang lama) hendak dibayar maka hukumnya boleh mengunakan kadar (nilaian) semasa.
Bolehkah sesorang membayar fidyah di mana-mana tempat (negeri)?
Tidak boleh, bayaran fidyah mesti dibayar pada tempat tinggal seseorang.