Info khairat2u

khairat2u adalah Sistem Kebenaran Pungutan Khairat. Setiap permohonan pungutan khairat perlu memohon melalui sistem khairat2u.

Seksyen 90 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) Tahun 2001 menyatakan bahawa:

(1) "Majlis boleh memungut atau, dengan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Majlis, membenarkan mana-mana orang atau kumpulan orang, dengan apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis, memungut wang atau sumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak."

(4) "Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebut dalam subseksyen (1) kecuali dengan kebenaran nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah subseksyen (1)."

(5) "Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya."

Borang Permohonan Pungutan Khairat
Senarai Pemungut Khairat yang Aktif
Aduan

logomaidam maidamdihati
Log Masuk

khairat2u

Masukkan ID Pengguna.
Masukkan Katalaluan!