1: Syarat Permohonan 2: Maklumat Pemohon 3: Maklumat Ahli Jawatankuasa 4: Maklumat Pungutan Khairat 5: Maklumat Kebenaran Memungut 6: Muat Naik Dokumen 7: Perakuan Pemohon
 
Langkah 1: Syarat Permohonan Pungutan Khairat
Syarat Permohonan Pungutan Khairat

Sila baca syarat permohonan dan bersetuju dengan syarat-syarat berikut:

  1. Syarat umum:
    1. Warga Negara Malaysia;
    2. Berumur 18 tahun ke atas;
    3. Setiap permohonan hendaklah dibuat oleh agensi/organisasi/pertubuhan yang berdaftar dengan pihak berkuasa;
    4. Pemohon/penama yang dinyatakan hendaklah tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah;
    5. Pemohon hendaklah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa yang dilantik kecuali dipersetujui sebaliknya oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM; dan
    6. Kelulusan permohonan adalah berdasarkan kepada pertimbangan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dengan merujuk kepada dokumen yang dikemukakan.
  2. Syarat khusus:
    1. Pemohon tidak dibenarkan membuat Pungutan Khairat di masjid-masjid, surau-surau dan rumah ke rumah.
    2. Pungutan hendaklah dibuat terus kepada individu-individu tertentu yang berminat untuk menderma contohnya seperti tokoh-tokoh korporat, pejabat-pejabat kerajaan atau swasta;
    3. Kuasa memungut derma ini hanya diberikan kepada orang yang namanya tercatat di atas surat kebenaran yang dikeluarkan oleh MAIDAM sahaja;
    4. Sijil/kad kebenaran pungutan khairat tidak boleh dikawal atau dipinjamkan kepada orang lain;
    5. Pemohon dan pemungut tidak dibenarkan sama sekali untuk terlibat dengan pungutan lain selain daripada kebenaran yang telah diberikan oleh MAIDAM tersebut;
    6. Jumlah pungutan yang dibuat hendaklah dilaporkan dan dikemaskini dari semasa ke semasa di sepanjang tempoh kebenaran pungutan tersebut ke dalam sistem khairat2u (rujuk manual pengguna); dan
    7. Kebenaran pungutan khairat ini hanya sah untuk kutipan dalam Negeri Terengganu sahaja.
  3. Bayaran permohonan yang dikenakan adalah sebanyak RM150.00.
  4. Bayaran bagi kad digital kebenaran memungut yang dikenakan adalah sebanyak RM20.00 seorang.
  5. Pemohon hendaklah memuatnaik dokumen-dokumen sokongan berikut mengikut kategori permohonan ke dalam sistem khairat2u:
    1. kertas kerja;
    2. surat kelulusan pihak berkuasa tempatan/Jabatan Kerja Raya (Pembinaan Bangunan);
    3. hak milik tanah;
    4. surat kebenaran pemilik tanah jika bukan didaftarkan di bawah nama MAIDAM (bagi tanah masjid/surau);
    5. surat kebenaran membina masjid/surau daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu;
    6. pelan lakar masjid/surau bangunan baharu/tambahan yang telah diluluskan;
    7. salinan penyata bank terkini;
    8. penyata penerimaan dan perbelanjaan pada tahun berakhir 31 Disember tahun sebelumnya;
    9. salinan buku resit/kupon pungutan khairat;
    10. senarai Jawatankuasa Lembaga Pengelola (termasuk no. kad pengenalan, alamat dan pekerjaan);
    11. senarai nama-nama pemungut yang akan memungut derma (termasuk no. kad pengenalan, alamat dan pekerjaan);
    12. senarai Ahli Jawatankuasa terkini yang disahkan oleh Pengurusan Tertinggi;
    13. gambar berukuran passport setiap pemungut derma;
    14. surat pengesahan permohonan daripada Pengerusi Jawatankuasa/Pengurusan Tertinggi;
    15. surat sokongan daripada Pejabat Pelajaran Daerah/Negeri bagi pungutan khairat di institusi pendidikan; dan
    16. salinan perakuan pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan (R.O.S).
  6. Pihak Majlis Agama Islam berhak untuk menolak permohonan ini jika maklumat yang diberi tidak lengkap.
  7. Sekiranya wang pungutan khairat itu tidak dibelanjakan, maka wang khairat tersebut hendaklah diserahkan kepada MAIDAM berdasarkan subsekyen 90(3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M.
  8. Segala pindaan syarat yang tertera atau sebaliknya termasuk kadar serta pengecualian bayaran fi tertakluk kepada pertimbangan/arahan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
  9. Permohonan yang diisi hendaklah dihantar dalam tempoh 30 hari dan terbatal secara automatik selepas tempoh tersebut.
Anda mesti bersetuju sebelum teruskan permohonan.
Masukkan No. Rujukan jika ingin menyambung mengisi borang permohonan