Kalkulator Fidyah
Panduan Kalkulator Fidyah

Pengertian Fidyah

Fidyah ialah denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
Ianya merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.

Sebab-sebab dikenakan fidyah:

  1. Uzur menunaikan puasa wajib
    • Terdiri daripada golongan yang menghadapi sakit kuat dan tidak menpunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa, atau kedua-duanya sekali.
    • Kadar kiraan Fidyah adalah TIDAK BERGANDA
  2. Orang yang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka kerana sakitnya
    • Tidak sempat menggantikan puasa sebelum ramadan berikutnya.
    • Kadar kiraan Fidyah adalah BERGANDA*
  3. Perempuan hamil
    • Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
    • Jika berbuka kerana bimbangkan diri sendiri, kadar kiraan Fidyah adalah BERGANDA*
    • Jika berbuka kerana bimbangkan anak, kadar kiraan Fidyah adalah TIDAK BERGANDA
  4. Ibu yang menyusukan anak
    • Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
    • Jika berbuka kerana bimbangkan diri sendiri, kadar kiraan Fidyah adalah BERGANDA*
    • Jika berbuka kerana bimbangkan anak, kadar kiraan Fidyah adalah TIDAK BERGANDA
  5. Orang yang telah meninggal dunia
    • Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
    • Kadar kiraan Fidyah adalah BERGANDA*
  6. Melambatkan ganti puasa (Qada’)
    • Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (sehingga tiba bulan Ramadhan berikutnya), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
    • Kadar kiraan Fidyah adalah BERGANDA*

* Sekiranya tidak menggantikan puasa sehingga ramadan berikutnya dan berganda sekiranya melangkau beberapa ramadan.

Klik butang di bawah untuk membuat pengiraan fidyah.

Kalkulator Fidyah Tidak Berganda   Kalkulator Fidyah Berganda

KAEDAH BAYARAN

  1. Kaunter Ibu Pejabat MAIDAM / Pejabat MAIDAM Daerah
  2. Terengganu Pay (FPX) ** [Panduan Pengguna]

** Bayaran menggunakan FPX boleh di lakukan sekiranya anda adalah pemegang akaun perbankan elektronik di bank yang terlibat. Sila klik pautan berikut bagi senarai bank yang terlibat http://www.paynet.my/fpx/banks-tpa.html. Bayaran melalui Terengganu Pay perlu mengisi maklumat di bawah terlebih dahulu.

Maklumat Bayaran